May 16, 2008

A Recovering Jerk Who Changed My World. Uhuk!

Aku sambut Hari Guru dengan membeli The Last Lecture (Randy Pausch) atas dasar kesiankan Paush yang dah nak mati, kagum dan bercita-cita nak tiru cara Pausch mengajar, dan juga inspirasinya.

Kompeni aku dah black-listed You Tube. Harapan untuk menonton The Last Lecture untuk kali yang ke-9,10,11... musnah berderai.

Naratif dalam The Last Lecture sama dengan yang dalam You Tube, dengan sedikit tambahan ayat-ayat bonus. Ya, yang penting dalam hidup ini, ialah mencapai angan-angan kita semasa kecil (childhood dreams).

Aku sebenarnya dah sembelih dan kebumikan semua angan-angan zaman kanak-kanak dan remaja. Yang baiknya, tahun lepas aku mula mengstruktur angan-angan baru. Ini dah jatuh kes wajib dikabulkan. Kalau tak, aku akan gantung diri atau terjun dari KLCC. Bam boom baaammmm.


Slamat Hari Guru,

Dari Taf Teh, cikgu fusyen super feminin di KL.

Labels:

Perempuan Fusyen Dari Tanah Mirus, Taf Teh,08:00 6 dada

May 15, 2008

Dari DIY Ideologies --> Koma --> Ntah-ism } Ini Lebih Baik Dari Kelar Leher

Aku suspek hidup Marcus sejak kebelakangan ini ibarat tikus dara putih dalam makmal yang baru kena caj elektrik. Minggu lepas, dia buat permintaan hot (dan tak berapa rasional tapi aku layan aje). Satu, aku kena berguru dari Paul mcGuiness (ya, ntah saper mahluk ni?). Dua, aku kena Be-Myself-Bullsh*t.

Ya, aku rasa permintaan ini lebih baik dari gelombang ntah-ism. Bravo!


"Everything originates from nothingness and nothingness accentuates everything." [Wei Hu: Shanghai Baby].

Labels: ,

Perempuan Fusyen Dari Tanah Mirus, Taf Teh,14:15 0 dada

May 14, 2008

Roh Moluska & 8 Tentakel Untuk 8 Kali Sembelih Tangan

Michio Kaku kata graviti tak wujud beb. Yang bergerak atas kepala, apa namanya ya? Itu kipas dik.

Michio Kaku kata graviti tak wujud dan Mika, budak perempuan yang suka curi sugus di kedai jajan, dia percaya dengan Michio Kaku. Sang bumi dan beberapa kontigen bintang bergerak kerana anjakan ruang dan masa, bukan sebab graviti.

Oh, patutlah air mata kak Darina yang jatuh ke lantai, selalu akan melantun 2-3 kali sebelum ianya menyerap masuk ke dalam matanya.

Bukan salah Mika. Ini semua adalah penyakit keluarga. Nenek Mika, perempuan bangsawan yang tinggal di Jalan Kelang Lama, seorang sosialis elit. Setiap bulan ada parti berdansa dan alkohol. Datuk, pencen Leftenan Kolonel, tak pernah minum, tak pernah menentang hobi bulanan Nenek Sally. Nenek sekarang tidur dalam tanah. Satu malam, dia keluar mencari kucing kami, Mimi si pondan, dia langgar pokok. Kecoh satu taman kata nenek kena kena ragut semasa sleep-walking. Tak, nenek sebenarnya tak kena ragut. Dia...

Mak Cik Sara dua kali kahwin cerai. Laki pertama professor sosiologi tua kesunyian dari Amerika. Laki kedua ialah Pak Arab kaya-raya. Dia perempuan vogue dengan citarasa antarabangsa. Dia...

Pak Ngah Elvin adalah pengikut setia nenek. Semasa di sekolah menengah, dia kerja part-time di kelab tari-menari supaya senantiasa di kelilingi stok anggur peram. Habis kerja, tidur di bus-stop sampai bus sekolah sampai, tukar unifom dalam tandas sekolah. Malam, pergi kerja semula. “Inilah kedewasaan.” Dialah yang mengajar Mika tentang proses fermentasi, ketika Mika duduk atas katil bujang sambil mencari (mencuri sebenarnya) duit syiling dalam dompet pak ngah untuk belanja kawan di sekolah.

Mika sayang kakak sulungnya, Darina, walaupun kakak suka kelar urat tangannya setiap kali putus cinta. Tingkap rumah dan pisau lipat sepuluh sen adalah senjata utamanya.

“Aku tahu, aku ada roh kedua. Roh seekor sotong yang ada lapan tangan.” Kak Darina ada kaki putih yang panjang. Waaah!

“Kau ada genetik binatang, kak?”

“Kau memang tak pandai atau memang bebal? Oh aku terlupa, ini penyakit keturunan. Penyakit keluarga.”

-----------------
Pesanan ringkas: Semua n3 berlabel X-piring April adalah sedutan dari fiksyen yang cuba dibukukan (ya, kalau bos tak pecat kami. Michio Kaku?)

Labels:

Perempuan Fusyen Dari Tanah Mirus, Taf Teh,00:00 0 dada